Tuesday, February 13, 2007
Thursday, February 8, 2007
General Takaful - Product Summary
Product Summary Takaful Pelindung Takaful Pelindung is a Shariah Compliant yearly renewable Takaful Personal Accident Plan. The product offers protection for mishaps that happen to the client or his family caused by accident. The participant can be anyone from age of 18 – 65 and it’s renewable up to age 70. Benefit: Accidental Death & Permanent Disability – We will pay the sum covered specified in the benefit schedule in accordance with the scale of benefits if the Person Covered sustains accidental death or permanent disablement. Double Benefit - We will pay double of the principle sum covered if the Person Covered sustains accidental death, total paralysis or loss of 2 limbs in an accident while he/she travels in a public transport as a fare-paying passenger Medical Expenses – We will pay on reimbursement basis the actual medical & surgical expenses incurred up to the limit specified in the benefit schedule Weekly Benefit - Following an accident, if a doctor certifies that the Person covered is not fit to work for a temporary period, we will provide a weekly benefit as specified in the benefit schedule for the period not exceeding 104 weeks Compassionate Allowance - We will pay RM2, 000 for burial and cremation expenses in the event of accidental death Repatriation Expenses – We will pay on reimbursement basis the actual expenses incurred up to RM 5,000 to bring back the mortal remains of the Person Covered to his country of domicile ( Increase in Sum Covered – On renewal, we shall increase the sum covered by an additional 5% per annum up to 8 years without any additional charges subject to no claim has been made under AD & PD Takaful Rumahku Takaful Rumahku is a Shariah Compliant yearly renewable product that provides coverage for both client’s home and its household contents. Covered perils: 1 – Fire and Lightning 2 – Aircraft damage 3 – Explosion 4 – Impact damage 5 – Overflowing of water tanks and pipes 6 – Windstorm and tempest 7 – Earthquake and volcanic eruption 8 – Flood 9 – Theft with violent and forcible entry or exit The Takaful Rumahku certificate can be obtained by anyone who is the legal owner of the property. The amount of contribution will depend on the classification of the occupation of the premises (ie: residential) and the construction of the building (ie: brickwork walls, non-combustible material for roof etc) Surplus Sharing At the end of each financial year, the participant is entitled to (a portion of) investment profit (70:30) and (100% of) underwriting surplus of the special fund (after deducting claims, retakaful and reserves), if any. The surplus will be allocated to the participant by providing a rebate when the participant renews his coverage for the plan. The basis of the rebate will be determined by the company in an equitable way If the surplus for a particular year is more than the participant’s renewal contribution, the excess rebate (on top of the renewal contribution), will be aggregated and donated to charitable organizations Should the participant choose not to renew his coverage, the participant agrees that the share of surplus be aggregated and donated to charitable organizations |
Tuesday, February 6, 2007
Skim Takaful tabungan menghadapi kesukaran
Oleh Wan Rahimah Draman
Apabila sebut pasal insurans, ramai kalangan kita khususnya orang Melayu dan Islam gemar merujuk pada istilah ‘rezeki ada di mana-mana’ dan setiap seorang telah ditentukan rezeki masing-masing.
Tetapi pernahkah kalangan kita merujuk kepada kalam Allah s.w.t. dan sunah Rasul-Nya yang antara lain mahu umatnya berusaha keras dan baru bertawakal.
Istilah Melayu ada menyatakan ‘sediakan payung sebelum hujan’, tetapi berapa ramai yang menyediakan persiapan sedemikian terutama melibatkan wang ringgit sama ada bagi diri sendiri, anak isteri dan ahli keluarga untuk jangka masa panjang.
Tidak kurang juga yang berpuas dengan membuat tabungan sama ada di Tabung Haji, amanah saham atau mana-mana akuan di institusi kewangan lain yang keluar dan masuk simpanannya tiada batasan masa dan jumlah.
Lalu tersebarlah berita anak cemerlang dan pintar gagal meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi kerana masalah kewangan ibu bapa. Individu menagih bantuan dan simpati untuk tanggung kos rawatan.
Semuanya gara-gara tidak membuat penyediaan melalui skim-skim tabungan jangka panjang dalam bentuk insurans sama ada bagi kesihatan, pendidikan, hayat, keluarga dan seumpamanya.
Sekali lagi kita perlu kembali pada pepatah lama ‘malang tidak berbau’. Ini bermakna sesiapa jua sama ada kaya, miskin, tua, muda, senang atau susah, semua boleh ditimpa musibah.
Malang dan kesulitan itu hanya akan dirasai apabila saat musibah melanda diri, isteri dan anak-anak atau ahli keluarga secara tiba-tiba.
Bagi golongan kaya, soal sebegini tidak timbul kerana segalanya ‘dilindungkan’ melalui pelbagai skim mewah dan lumayan serta terjamin.
Masalahnya golongan pertengahan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka ini sering terleka dengan kesenangan tidak terjamin dan sementara yang dikutip pada setiap bulan.
Sedangkan tabungan melalui skim perlindungan yang diinsurankan, banyak pilihan mengikut kadar kemampuan dari serendah tidak sampai RM5 sebulan hingga puluhan, ratusan malah ribuan ringgit untuk jangka masa panjang.
Lima dan 10 tahun lalu, terlalu sukar untuk kita menarik dan melihat orang Melayu menyertai simpanan melalui skim insurans, sama ada untuk hayat, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
“Kini alhamdulillah, cara berfikir dan kesedaran mereka sudah berubah dan semakin ramai yang membeli serta memiliki skim perlindungan insurans,” kata wakil agensi insurans, Mursal Mat Jadi.
Menurutnya, pada asanya memang semua skim insurans kelihatan sama, tetapi hakikatnya tidak pada dasar dan konsep operasinya.
“Dasar operasi dalam skim takaful adalah berkonsepkan perkongsian secara hibah dan infak secara syariah yang berlandaskan untung dan rugi dikongsi untuk tanggungan bersama. Ia bukan sahaja dijamin halal tetapi terhindar dari unsur riba dan subahat.
“Sebab itu cara dan kadar agihan keuntungannya tidak seperti skim-skim insurans konvensional yang tidak diikat oleh cara dan hukum-hukum Islam,” jelasnya.
Menurutnya, pada zahir skim takaful dianggap kurang efisyen kerana kejahilan mereka tentang Islam.
“Tetapi jika faham dan mahu mengamalkan cara hidup yang dituntut oleh Islam dan syarak, inilah pilihan perkongsian menghadapi kesusahan yang insya-Allah akan diberkati dan mendapat keuntungan dunia dan akhirat,” tambahnya.
“Mungkin mereka tidak dapat melihat kesan atau keuntungannya secara terus untuk jangka masa pendek.Menurutnya, menabung melalui skim insurans ini mempunyai manfaat besar kepada diri dan ahli waris kerana simpanannya hanya boleh dinikmati setelah peserta menerima musibah.
Ini katanya berbeza dengan simpanan di institusi kewangan atau amanah saham yang boleh dijual beli pada bila-bila masa.
Sumber : Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia, 6 Feb 2007Nota : Petikan tersebut telah di edit bagi kesesuaian blog ini
Pelan Takafulink
Pelan TAKAFULINK
Dengan hanya RM100 sebulan anda mampu memiliki sekeping kad perubatan bernilai dari RM150,000 dan banyak lagi perlindungan yang akan membuat anda rasa benar2 selamat.
Manfaat Pilihan & Tambahan
1. Kematian dan Kehilangan Upaya Akibat Kemalangan, Bayaran Ganti Perubatan Kemalangan
Memberi manfaat kemalangan untuk ditambah kepada manfaat perlindungan utama anda.
2. Perlindungan Perubatan
Sekiranya anda dimasukkan ke hospital disebabkan kesakitan atau kecederaan, anda akan menerimabayaran tunai tetap untuk Bantuan Kemasukan Hospital, Bantuan Rapi dan Bantuan Prosedur Pembedahan.
3. Perlindungan Perubatan Utama
Memberikan perlindungan perubatan bagi Manfaat Hospital dan Pembedahan dan Rawatan Pesakit Luar sekiranya anda dimasukkan ke hospital atau memerlukan rawatan pesakit luar disebabkan kesakitan atau kecederaan. Ini juga termasuk Bantuan Perubatan Kecemasan..
4. Manfaat Hospital
Memberikan bantuan tunai harian sekiranya anda dimasukkan ke hospital
5. Bantuan kehilangan Upaya, pendapatan Perlindungan Krisis
Manfaat ini dibayar setiap tahun sekiranya anda mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) atau penyakit kritikal sebelum mencapai usia 60 tahun.
6. Perlindungan Krisis
Memberi perlindungan daripada penyakit kritikal, yang sedia untuk digunakan di saat-saat anda paling memerlukan.
7. Indemniti Mingguan
Memberi bantuan tunai mingguan jika peserta kehilangan upaya disebabkan kemalangan.
8. Penyumbang
Membayar manfaat tahunan sekiranya anda diserang penyakit kritikal. Bayaran dihentikan apabila anda meninggal dunia.
9. Penyumbang Pasangan atau Ibu Bapa
Sekiranya pasangan atau ibu bapa anda meninggal dunia atau mengalami HUMK sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu anda membayar sumbangan kepada Pelan Takaful pada masa hadapan. Manfaat ini akan dihentikan apabila anda meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.
Thursday, January 18, 2007
sediakan payung sebelum hujan
Masyarakat kadang kala bertanya kepada saya - Mengapa mereka perlukan insuran,sedangkan kehidupan mereka sudah selesa? Mereka memiliki pekerjaan atau perniagaan yang sudah mampu untuk menampung perbelanjaan sara hidup keluarga dan usia mereka juga masih muda.
Dalam erti kata lain,mereka tidak yakin dgn konsep insurans,sedangkan kesihatan mereka masih baik dan mereka belum mahu mati lagi.
Kini, masyarakat sudah lama yakin dgn konsep insurans
Pertama, ingin saya jelaskan disini, insurans hayat bukan insurans kematian. Membeli insurans bukan bermakna anda merancang utk mati tidak lama lagi!
Sebaliknya,membeli insurans itu bertujuan utk anda melindungi kewangan keluarga anda, dari kerugian kewangan yg berpunca dari musibah tertentu seperti ditimpa penyakit kritikal atau kemalangan,lumpuh keseluruhan atau meninggal dunia. Bukan mati sahaja.
Kedua, saya tidak perlu menyakinkan anda tentang konsep insurans kerana anda sebenarnya sudah lama yakin dgn konsep insurans tersebut. Seperti pernah saya jelaskan sebelum ini,insurans itu hanyalah satu 'alat' untuk anda melindungi kewangan anda. Konsep insurans sedia-ada adalah utk membantu anda menjamin sumber kewangan yg berterusan dan menutup kerugian kewangan yg berlaku di dalam kehidupan anda.
Anda mungkin tidak sedar bahawa, anda sebenarnya sudah lama yakin dgn konsep insurans ini. Anda juga tidak sedar, selama ini, pekerjaan anda atau perniagaan andalah yg merupakan 'insurans' kepada kehidupan anda. Bagi menjamin sumber kewangan yg berterusan, atau memenuhi keperluan kewangan yg timbul secara mendadak, anda bergantung kepada pekerjaan atau perniagaan yg anda lakukan sekarang.
Sama ada anda terpaksa bangun awal pagi,meredah kesesakan lalulintas atau kerja 'overtime' hingga lewat malam, anda lakukan ini semua kerana pekerjaan atau perniagaan anda itu, adalah satu 'insurans' bagi anda menjamin sumber kewangan anda.
Sebab itulah saya katakan, saya tidak perlu meyakinkan anda tentang konsep insurans kerana anda selama ini, sebenarnya sudah pun yakin dgn konsep insurans.
Cuma persoalannya sekarang:-
1.Apa akan terjadi kepada kewangan anda apabila anda sudah tidak boleh bekerja/berniaga lagi?
2.Bagaimana anda hendak menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, apabila anda sudah tidak berupaya utk bekerja/berniaga?
Inilah sebabnya mengapa anda perlu memiliki insurans-utk memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki, supaya anda tetap dapat menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, walaupun setelah anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada!
Jika sebelum ini, anda memiliki pekerjaan atau perniagaan sebagai satu jaminan kewangan, maka perluaskan keupayaan anda, dgn memiliki insurans sebagai satu jaminan tambahan. Ini supaya, di saat anda sudah tidak boleh bekerja, keluarga anda masih boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, dgn adanya bantuan kewangan dari insurans.
Daripada anda membiarkan keluarga anda hidup sengsara, meminta-minta drpd org lain, hingga kadangkala terpaksa menjual maruah diri utk menyara anak2, bukankah lebih baik jika anda mula memiliki insurans dari sekarang?
Masyarakat selalu mudah berkata, tidak perlu risau kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Pungutan Zakat dan Baitul Mal ada utk membantu mereka. Mereka menyangka ketiga-tiga organisasi ini, akan dapat menyelesaikan semua masalah kewangan yg mereka hadapi, di saat mereka sudah tidak boleh bekerja lagi.
Tetapi hakikatnya, berapa banyakkah sumbangan yg mereka akan terima? RM150 sebulan? RM300 sebulan? Adakah ianya mencukupi utk menampung keperluan harian keluarga?
Inilah hakikat kehidupan yg anda seringkali lupa dan mereka yg sudah menerima bantuan badan kebajikan pun, masih hidup meminta-minta di dlm media massa kerana bantuan sumbangan yg diterima tidaklah seberapa,sekadar cukup utk keperluan asas sahaja.
Kesimpulan:
Anda perlu terima hakikat bahawa musibah boleh menimpa tanpa mengira usia dan anda perlu melakukan sesuatu sebagai persediaan menghadapi apa jua kemungkinan didalam kehidupan anda.
Memiliki insurans merupakan cara terbaik anda memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki dari pekerjaan atau perniagaan anda.
Bukan sahaja insurans dapat menyediakan duit sara hidup di saat anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada, ia juga dapat membantu anda menunaikan tanggungjawab anda terhadap keluarga tersayang.
Petikan artikel dari Ringgit & Sen(Siri Belajar Insurans)
Penulis artikel:Azha Syazri Hj Azizan